Sulit
2 tahun
Tapak kaki berpeluh
Boleh saya tahu apa sebab tapak kaki saya kerap berpeluh.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kondisi ini adalah dikenali sebagai ‘hyperhidrosis’. Diagnosis biasanya dilakukan berdasarkan sejarah medikal mengenai permulaan penyakit anda. Siasatan lanjut akan dipertimbangkan jika melibatkan kawasan yang lebih besar pada badan atau jika hiperhidrosis berlaku semasa tidur. Rawatan bergantung kepada betapa seriusnya keadaan hiperhidrosis dan jika rawatan sebelum ini berjaya.
Antara contoh rawatan untuk kondisi ini adalah seperti:
- Rawatan topikal seperti aluminium klorida hexahydrate (Driclor)
- Iontophoresis
- Suntikan toksin Botulinum jenis A (botox)
- Ubat-ubatan: Tablet antikolinergik (seperti oxybutynin dan propantheline bromide)
- Pembedahan
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.