Sulit
6 tahun
Simptom covid 19 lambat keluar
Saya baru pulang dari Maldives pada 4 mac yang lalu. Saya mngalami batuk kecil dan selsema. Soalan saya, adakah kemungkinan tanda2 simptom tidak kelihatan atau hadir lewat pada seseorng?. Setakat hari ini simptom yg ada hnya batuk dan selsema ttpi tidak teruk, jadi saya risau untuk bekerja
6 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai jangkitan COVID. Memandangkan anda baru pulang dari Maldives, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Untuk makluman, gejala jangkitan akan timbul dalam jangka masa 14 hari. Anda masih boleh untuk menghadiri ke tempat kerja seperti biasa kecuali jika anda menunjukkan simptom.
Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Untuk pengetahuan lanjut, anda boleh melakukan ujian untuk COVID-19 di hospital-hospital dalam senarai ini. (Designated Hospital for COVID-19)
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih dan semoga cepat sembuh.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































