city_fish2000
6 tahun
Soalan tentang Covid-19 National Movement Control
Saya nak tanya soalan tentang Covid-19 sempena kempen National Movement Control sekarang, saya faham nasihat daripada kerajaan demi kempen ini adalah “Stay At Home”, saya bersetuju dan mematuhinya, tetatpi saya juga lihat penduduk di kawasan sekitar membuat senaman macam larian jogging dan berbasikal di kawasan perumahan, saya ingin tahu adakah aktiviti tersebut dibenarkan? Soalan saya ialah jika saya membuat senaman individu di tempat kediaman, tidak keluar daripada pondok security (guard house), adakah aktiviti tersebut dibenarkan?
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut panduan, aktiviti senaman hanya digalakkan untuk dijalankan di dalam rumah. Aktiviti di luar rumah masih mempunyai risiko terdedah pada jangkitan virus tersebut.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































