Sulit
5 tahun
Swab test selepas 14 hari positif
Kita sudah positif dan berada di wad selama 14 hari… Kenapa hari yg ke 14 masih buat swab test ya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda, ujian swab pada hari ke-14 dilakukan untuk memastikan sama ada virus tersebut masih terdapat di dalam badan anda ataupun tidak. Namun begitu, doktor akan menentukan pelan seterusnya berdasarkan pandangannya terhadap keadaan anda secara menyeluruh dan keputusan ujian.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan yang diajukan. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini


































