rizalinaahmad41
6 tahun
Tekak tak selesa Dan khuatir jangkitan covid19
Saya nak tanya, tekak saya tak sakit walaupun seaaktu menelan tapi rasa tak selesa. Di damping itu perut rasa sebu Dan seeing sendawa hingga rasa tak selesa Di Dada. Saya tiada batuk atau demam cuma sels yg on off. Setahu saya saya tak Ada close contact dgn suspect covid19 tapi kebiasaan Naik lrt Dan mrt seaaktu pergi Dan balik kerja. Saya juga mengamalkan minum air halia suam bercampur madu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Oleh kerana anda tiada simptom yang ketara, anda cuma perlu memantau kesihatan anda. Masalah sering sendawa boleh disebabkan oleh masalah gastrik atau ketidakhadaman makanan. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































