Sulit
6 tahun
Tindakan Seterusnya yang perlu diambil oleh saya
Saya mempunyai rakan sepejabat yg berhubung secara langsung dgn pesakit positive COVID19. Raka sedang menjalankan ujian saringan. Saya mengalami deman, selsema dan batuk sejak awal minggu.
6 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih mengajukan soalan di atas. Merujuk kepada soalan anda, anda mengalami demam, selsema dan batuk selama seminggu.
Berdasarkan simptom-simptom yang dialami oleh anda. Saya menasihatkan anda agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Selain daripada jangkitan COVID-19, simptom anda juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
-Jangkitan bakteria atau virus
-Asma
-Allergic Rhinitis
-Radang paru-paru
-Penyakit tibi
-COPD
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Kami memahami kesulitan yang sedang anda hadapi kini dan saya harap anda sembuh secepat mungkin

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































