Komplikasi Sakit Kepala
- Sakit kepala merupakan sejenis gejala yang boleh menjadi kronik sekiranya tidak dirawat dengan berkesan. Sakit kepala boleh mendatangkan pelbagai jenis komplikasi jangka pendek dan jangka panjang.
- Bagi komplikasi jangka pendek:
- Sakit kepala sering mengakibatkan penurunan produktiviti.
- Pesakit yang mengalami sakit kepala tidak dapat bekerja dan berfungsi dengan berkesan kerana sakit kepala akan menjejaskan tumpuan dan produktiviti mereka.
- Sesetengah pesakit yang mengalami sakit kepala juga akan mengalami gejala lain seperti rasa loya, muntah, lemah badan, sakit perut dan kekurangan tidur.
- Apabila seseorang pekerja mengalami gejala-gejala ini, mereka terpaksa mengambil cuti untuk berehat. Hal ini boleh menyebabkan mereka kehilangan gaji dan sumber pendapatan.
- Komplikasi jangka panjang sakit kepala kronik:
- Boleh memudaratkan kesihatan fizikal dan mental.
- Kajian telah menunjukkan bahawa sakit kepala yang berpanjangan akan meningkatkan risiko untuk menghidap sakit jantung, darah tinggi dan strok.
- Di samping itu, sakit kepala yang kronik juga dikaitkan dengan penyakit fibromyalgia iaitu kesakitan kronik di anggota badan yang lain seperti leher, bahu, dan belakang.
- Selain itu, sakit kepala kronik akan menyebabkan tekanan dan stres yang berlebihan kepada pesakit.
- Kajian telah menunjukkan bahawa sebanyak 70% daripada penghidap sakit kepala kronik mengalami masalah hubungan sosial.
- Risiko untuk menghidap penyakit mental seperti kemurungan juga akan meningkat dengan mendadak.
Komplikasi Rawatan Sakit Kepala
Pelbagai jenis ubat sakit kepala boleh digunakan untuk menghilangkan sakit kepala. Dalam senarai ubat tersebut, ubat tahan sakit seperti ubat Paracetamol 500mg merupakan ubat yang paling kerap digunakan. Ubat yang paling berkesan bagi sakit kepala bergantung kepada punca sakit kepala tersebut. Sebagai contoh, sakit kepala biasa boleh dirawat dengan ubat tahan sakit manakala sakit kepala yang disebabkan oleh jangkitan sinus seharusnya dirawat dengan ubat antibiotik.
- Pesakit yang mengalami sakit kepala kronik sering menggunakan ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama. Sebagai contoh, salah satu ubat migrain yang paling berkesan adalah paracetamol.
- Penggunaan paracetamol dan ubat tahan sakit lain untuk masa yang lama akan menyebabkan kondisi yang dikenali sebagai “analgesic-induced headache”. Kondisi ini berlaku kerana badan pesakit telah menjadi lali kepada kesan ubat-ubatan dan sakit kepala akan berlaku apabila kesan ubat menjadi lemah.
- Ramai pesakit akan merasakan bahawa dos ubat mereka tidak mencukupi dan mereka akan mengambil dos ubat yang lebih tinggi untuk menghilangkan sakit kepala mereka. Tindakan ini akan meningkatkan risiko keracunan dalam badan dan darah.
- Keracunan ubat boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif yang serius seperti kegagalan fungsi hati, kegagalan buah pinggang, sawan dan maut. Oleh itu, pesakit-pesakit digalakkan untuk berbincang dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai dan tidak menggunakan ubat mengikut kehendak dan pengetahuan sendiri yang terbatas.