Jerawat

Kenali Tanda Dan Gejala Jerawat (Acne)

Baca Soalan

  • Jerawat dikenali sebagai acne vulgaris dalam bidang perubatan. Penyakit ini merupakan masalah yang dihadapi oleh ramai orang, terutamanya golongan remaja.
  • Masalah jerawat yang teruk boleh mengakibatkan penurunan keyakinan diri dan masalah psikologi yang lain sekiranya keadaan bertambah serius. Jerawat boleh tumbuh di pelbagai tapak pada tubuh badan kita.  
  • Lokasi-lokasi yang sering terjejas termasuklah jerawat di:
    • Muka
    • Jerawat 
    • Leher
    • Bahu
    • Dada
    • Punggung  
  • Selain itu, jerawat di dahi menandakan liang kulit di bahagian dahi telah tersumbat dengan sebum. Sesetengah pesakit jerawat mengalami masalah seperti jerawat di hidung sakit dan jerawat di pipi susah hilang.
  • Selepas memahami gejala jerawat dengan lebih teliti, kita boleh mengetahui sebab-sebab kejadian simptom-simptom ini.
  • Jerawat selalunya bermula dengan kemunculan bintik yang lebih dikenali sebagai comedo. Bintik-bintik ini berwarna hitam atau putih dan kemunculannya disebabkan oleh liang kulit yang tersumbat dengan sebum.
  • Bintik putih terletak di bawah permukaan kulit dan teksturnya lebih keras kerana masih tertutup. Manakala bintik-bintik hitam ialah liang kulit tersumbat yang sudah terbuka sedikit dan terdedah terhadap oksigen. Bintik-bintik hitam boleh didapati di permukaan kulit.  
  • Selain bintik hitam dan bintik putih, jerawat boleh muncul dalam bentuk-bentuk lain seperti:  
    • Papule (Papul): Bonjol kecil yang merah dan menyakitkan.

    • Pustule (Pustul): Bonjol kecil yang kelihatan merah dan menyakitkan seperti papule. Selalunya, kewujudan nanah boleh didapati di bahagian atas pustul.

    • Nodule (Nodul): Bonjol keras yang menyakitkan. Nodul-nodul ini biasanya didapati di bawah permukaan kulit.

    • Cysts (Benjolan): Bonjol besar yang mengandungi nanah dan amat menyakitkan. Seperti nodul, sista boleh didapati di bawah permukaan kulit.

Bilakah masanya untuk berjumpa dengan doktor?

  • Sekiranya rawatan sendiri di rumah tidak membawa pemulihan, anda digalakkan berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai dan berkesan.
  • Jika simptom-simptom yang anda alami berlarutan atau bertambah serius walaupun sudah menerima rawatan doktor, anda digalakkan berbincang dengan doktor anda kerana anda mungkin memerlukan rawatan daripada pakar dermatologi.
  • Jerawat yang dialami oleh ramai wanita boleh berlarutan sehingga beberapa tahun. Bagi sesetengah wanita, keadaan bertambah teruk lebih kurang seminggu sebelum haid.
  • Masalah jerawat jenis ini selalunya boleh dirawat dengan ubat perancang dengan berkesan.
  • Bagi golongan lebih tua yang menghadapi masalah jerawat, penyebab jerawat perlu dikenal pasti kerana ia boleh jadi salah satu simptom penyakit yang lain.
  • Penggunaan sesetengah produk rawatan jerawat yang boleh didapati di pasaran tanpa preskripsi doktor berkemungkinan menyebabkan kesan sampingan seperti alahan.  
  • Sila dapatkan bantuan doktor sekiranya anda mengalami simptom seperti:
    • Pening kepala
    • Sesak nafas
    • Bengkak muka, mata, bibir dan lidah
  • Walau bagaimanapun, reaksi alahan yang serius ini jarang berlaku.

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?