Jerawat

Bagaimana Rawatan Masalah Jerawat (Acne)?

Baca Soalan

  • Jerawat merupakan masalah kulit yang kerap kali berlaku apabila seseorang baligh.  
  • Ia boleh disebabkan oleh:
    • Perubahan tahap hormon seks
    • Kulit yang kering
    • Penggunaan produk-produk kulit
    • Masalah pemakanan  
  • Kesemua faktor-faktor ini menyebabkan folikel rambut pada kulit tersumbat dengan sebum dan sel-sel kulit mati. Ia juga akan menyebabkan masalah kurang keyakinan diri terutamanya dalam kalangan remaja.

Cara untuk Menghilangkan Jerawat pada Muka

  • Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan jerawat menggunakan produk-produk yang boleh didapati di farmasi.  
  • Antaranya ialah:
    •  Retinoid
      • Retinoid topikal berasal dari vitamin A dan berfungsi dengan menggesa sel-sel kulit untuk menjana semula dengan pantas. Ia merangsang pengeluaran kolagen dan mengatasi lapisan atas sel-sel kulit.
      • Ini semua membantu mengurangkan pembentukan bintik hitam atau whiteheads dan luka jerawat lain. Kesan sampingan menggunakan retinoid termasuk kemerahan, kekeringan, gatal-gatal dan menyengat.
    • Isotretinoin
      • Isotretinoin adalah bentuk vitamin A yang diambil secara oral dan biasanya dikhaskan untuk jerawat yang teruk, berterusan atau jerawat yang meninggalkan tanda atau parut pada kulit.
      • Produk hilangkan jerawat ini menindas aktiviti kelenjar sebaceous, membantu mengurangkan sel kulit mati untuk mencegah pori-pori disekat dan juga mengurangkan keradangan dan pertumbuhan bakteria yang terlibat dalam pembentukan jerawat.
    •  Spironolactone
      • Spironolactone adalah ubat oral yang mula-mula dibangunkan untuk tekanan darah dan kegagalan jantung. Namun begitu, ia juga berkesan untuk merawat jerawat dalam kalangan wanita.
      • Mereka yang mempunyai PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome) mungkin mendapati bahawa spironolactone membantu mengurangkan jerawat dengan ketara kerana ia mempunyai kesan anti-androgen untuk menghalang testosteron hormon lelaki dan pengeluaran minyak yang berlebihan, yang boleh menyebabkan bintik-bintik.
    •  Benzoyl Peroksida
      • Tips menghilangkan jerawat yang lain ialah menggunakan benzoyl peroksida topikal. Ia hanya berfungsi dengan membunuh bakteria pada kulit yang menyebabkan jerawat. Dengan meneutralkan bakteria yang menyebabkan jerawat, suar-suar berkurang.
    • Antibiotik Topikal
      • Antibiotik topikal, seperti erythromycin dan clindamycin, adalah rawatan jerawat yang berkesan khususnya apabila terdapat jangkitan bakteria pada jerawat.

Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Dengan Bahan Dapur

  • Selepas jerawat reda, pastinya akan terdapat bekas atau parut jerawat.
  • Cara cepat menghilangkan bekas jerawat menggunakan bahan dapur ialah:
    • Kentang
      • Kentang mengandungi vitamin dan mineral yang mampu untuk menyembuhkan kulit dan menghilangkan bekas jerawat.
      • Caranya ialah dengan dengan menampal hirisan kentang yang nipis pada bekas jerawat selama 10 minit dan ini perlu dilakukan sebanyak tiga kali seminggu.
    •  Baking Soda
      • Ia berfungsi dengan cara bertindak sebagai scrub muka untuk mengelupas kulit mati.
    • Aloe vera
      • Aloe vera untuk parut jerawat berkesan kerana kandungan aloesin yang melambatkan pembentuka melanin yang bertanggungjawab dalam pembentukan parut yang gelap.

Written by: SASHINI A/P SEENIVASAGAM

MBBS (Melaka-Manipal)

18 Aug 2018
Perlu Bantuan?