Kadar kolesterol normal
Kolesterol merupakan satu elemen yang penting untuk tubuh badan berfungsi secara normal. Kolesterol merupakan elemen lemak di mana 80% dihasilkan dari dalam badan seperti dari hati dan usus dan selebihnya sebanyak 20% datang daripada pemakanan. Kolesterol pada tahap yang sepatutnya penting untuk membantu proses penghadaman makanan, menghasilkan hormon dan penyerapan vitamin D untuk tulang dan kalsium.
Terdapat dua jenis kolesterol yang penting di dalam badan, iaitu:
- Kolesterol HDL - dikenali sebagai kolesterol baik atau elok
- Kolesterol LDL - dikenali sebagai kolesterol tidak baik atau tidak elok
Kadar kolesterol normal berbeza dan bergantung kepada beberapa faktor seperti umur dan jantina. Pandangan profesional daripada seorang doktor penting di dalam diagnosis dan rawatan kolesterol tinggi.
Berikut merupakan julat cara kira kolesterol dalam badan yang dianggap sihat dan normal
Umur bawah 19 tahun:
- Kolesterol total - kurang dari 170 mg/dL
- LDL - kurang dari 100 mg/dL
- HDL - lebih dari 45 mg/dL
Lelaki berumur 20 tahun dan ke atas
- Kolesterol total - 120 - 200 mg/dL
- LDL - kurang dari 100 mg/dL
- HDL - lebih dari 40 mg/dL
Wanita berumur 20 tahun dan ke atas
- Kolesterol total - 120 - 200 mg/dL
- LDL - kurang dari 100 mg/dL
- HDL - lebih dari 50 mg/dL
Dalam unit lain, iaitu mmol/L, julat seperti berikut dikira sebagai normal dan sihat.
Kolesterol total - 3.0-5.2 mmol/L - lebih rendah lebih bagus
HDL - lebih dari 1.0 mmol/L - lebih tinggi lebih bagus
LDL - 2.3-4.4 mmol/L - lebih rendah lebih bagus
Trigliserid - 0.70-1.55 mmol/L - lebih rendah lebih bagus
Cara-cara diagnosis kolesterol tinggi
Kolesterol tinggi digelar pembunuh secara senyap kerana walaupun ia boleh menyebabkan penyakit yang membahayakan nyawa, namun tiada simptom yang spesifik untuknya. Oleh itu, amat penting bagi seseorang itu untuk menjalani ujian saringan supaya kadar kolesterol di dalam tubuh dapat dikenalpasti secara berkala.
- Pertama, doktor akan menemubual pesakit mereka. Rekod perubatan, gaya hidup, status merokok, sejarah perubatan keluarga dan pemakanan merupakan antara perkara-perkara yang penting untuk mengesan penyakit kolesterol tinggi.
- Seterusnya pemeriksaan seperti pemeriksaan fizikal dan pemeriksaan sistem badan.Tanda-tanda kolesterol yang tinggi adalah seperti xanthelasmata iaitu ketulan kulit kecil yang berwarna kuning di atas kelopak mata juga boleh dilihat namun ianya sangat jarang belaku.
- Seterusnya ujian-ujian lain seperti ujian perimejan Xray dan ECG boleh dilakukan jika pesakit mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kolesterol tinggi di dalam badan dan komplikasi yang datang bersamanya. Sampel darah kemudian akan diambil dan dihantar ke makmal supaya kandungan kolestrol dapat dianalisis dengan lebih terperinci. Kadar kolesterol akan dikirakan sebagai tinggi di dalam badan apabila ianya mencapai bacaan melebihi 5.2 mmol/L.
Namun, bilakah waktu yang sesuai untuk mendapatkan khidmat doktor bagi mengesan kadar kolesterol tinggi di dalam badan dan darah?
Terdapat beberapa pendapat yang telah diberikan pakar tentang bilakah umur yang sesuai untuk menjalani ujian saringan ini. Berikut merupakan sebahagian dari pandangan pendapat pakar;
Umur yang digalakkan untuk mula mula memeriksa tahap kolesterol adalah antara 20 - 35 tahun bagi lelaki dan 20 - 45 tahun bagi wanita. Seeloknya, lebih muda lebih bagus.
Namun jika terdapat perubahan gaya hidup dan pemakanan serta bentuk fizikal, ujian untuk mengesan tahap kolesterol di dalam badan diperlukan dengan kadar segera.
Orang dewasa dengan rekod perubatan seperti kolestrol tinggi tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain memerlukan ujian darah yang lebih kerap.
Kadar LDL di dalam darah
Kolesterol LDL yang tinggi di dalam tubuh badan adalah satu indikasi yang sangat berbahaya. Seseorang pesakit yang berada di dalam tahap ldl kolesterol tinggi ini perlulah melakukan pemeriksaan dengan lebih kerap terutamanya apabila pesakit tersebut mempunyai tahan kolesterol yang tinggi. Sebaik-baiknya kadar LDL haruslah berada di bawah paras 100 mg/dL.
LDL boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Manakala HDL pula akan membantu di dalam membawa keluar kolesterol yang terkumpul di dalam salur darah dan membawanya kembali ke hati.