
Sulit
4 tahun
Bagaimana nak tahu jika denyutan nadi tidak normal bagi seorang kanak kanak berumur 2 tahun
Saya mempunyai kemusykilan berkenaan dengan kiraan denyutan nadi anak saya yang berumur 2 tahun. Begini doktor, baru beberapa minit yang lalu saya ada monitor denyutan nadi anak saya dengan menggunakan pulse oximeter. Bacaan ketika dia baru tidur adalah sekitar 88 sehingga 112 .adakah bacaan tersebut normal untuk kanak2 seperti anak saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kadar degupan jantung untuk bayi yang berumur 2 tahun ialah dalam lingkungan 80-130 bpm. Berikut merupakan rujukan untuk degupan jantung yang normal mengikut umur:
- 1-2 tahun: 80-130 bpm
- 3-4 tahun: 80-120 bpm
- 5-6 tahun: 75-115 bpm
- 7-9 tahun: 70-110 bpm.
Pastikan anda telah mengambil kadar degupan jantung anak anda untuk beberapa kali menggunakan pulse oximeter dengan betul bagi mendapatkan kepastian mengenai denyutan nadi anak anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.