sitiaisah290384
2 tahun
Bagi ubat secara berkesan kpd anak autism
Anak perempuan autism sy,umur 5thn. Bileh tiru ayat2 upin.ipin. Xde 2 way communication. Boleh faham arahan yg selalu/rutin. Susah mkn ubat. Ada gajet yg selamat digunakan utk masukkan dlm mulut dia supaya ubat masuk ke badan dia? Sy kdg2 kejam utk pastikan ubat masuk. Tp klu 5ml, mgkn 2.5@3ml je masuk… Mungkin…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bergantung pada jenis ubat, sekiranya ubat yang memerlukan untuk menarik nafas seperti ubat asma, terdapat sebuah alat yang dipanggil ‘spacer’.
Sekiranya ianya adalah ubat yang perlu diambil dengan cara makan, ia mungkin mencabar untuk semua orang. Anda boleh mencuba dengan ‘teknik ganjaran’. Untuk setiap ubatan yang berjaya diambil anak anda, berikanlah ganjaran seperti permainan yang disukainya, kata-kata positif, mahupun makanan yang digemarinya.
Anda juga boleh memberikan ubat bersama makanan kegemarannya serentak bergantung kepada jenis ubat.
Menjaga anak terutamnya yang istimewa sememangnya mencabar, semoga beberapa cara yang saya kongsikan ini berjaya untuk pihak puan !
Terima kasih
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.