adinura_cemara
5 tahun
Autism kepada Ammara
Assalamualaikum dan selamat sejahtera doktor. Saya Nora, seorang ibu berusia 39 tahun, ingin menanyakan soalan untuk anak perempuan saya berusia 3 tahun 9 bulan.
Perkembangan anak perempuan saya agak berbeza dengan dua orang abangnya. terutamanya dari segi pertuturan.
Berikut adalah soalan-soalan yang saya tanya pada pengasuh di Taska.
Soalan : aktiviti Ammara
Jawapan : Dia kurang main dgn kawan2 lain… Lebih suka main sorg2, sebab kalau org nak main dengan dia dia marahSoalan: ammara ada tak, secara tiba-tiba mengamuk atau menangis, ketawa ke?
Jawapan: Ada kak… Dia main sorang2, pastu tiba-tiba nangis… Ada satu hari tu, dok main mainan dia… Tiba-tiba ngamuk, terkejut jugak sebab tak de orang buat dia…
3.Soalan: Ammara ada pusing-pusing atau kepak-kepak tangan dia?
Jawapan: Ada kak dan kerap juga.
Selain itu juga, Ammara juga ada speech delay.
Saya syak anak saya mengalami Autism, tetapi suami saya kurang setuju dengan andaian saya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk pengetahuan puan, pihak pengasuh yang betul selalunya akan diberi latihan mengenai masalah perkembangan kanak- kanak. Persoalan beliau mungkin menandakan maklumat lanjut diperlukan untuk mengenalpasti jika anak anda mengalami masalah perkembangan. Kami mengesyorkan anda untuk merujuk Ammara kepada pakar kanak- kanak tanpa melengahkan masa lagi kerana lebih awal Ammara diberi perhatian perubatan, lebih mudah pengurusan Ammara berdasarkan jenis masalah yang dihadapi dan persiapan pihak puan bersama doktor pakar terdekat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.