Sulit
2 tahun
Bayi 2 bulan hidung tersumbat
Hello dokter . Saya ada bayi berumur 2 bulan . Semasa umur 1 minggu dia dimasukkan ke wad hospital sebab mengalami masalah tali pusat yang berbau (didapati terdapat coli). Bayi saya kena swab test sebelum masuk wad. Sejak tu hidung dia sebelah yang di swab macam tersumbat. Sampai umur dia masuk 2 bulan sekarang. Hari ni dia keluar hingus agak kekuningan. ( Setelah 8 hari pusat bayi saya tertanggal . Sekarang pusat bayi saya masih muncul semacam togel kecil yg belum tertutup sepenuhnya tetapi tidak berbau dan tidak kemerahan . ) Adakah pusat bayi saya penyebab ank sy selsema atau ada masalah lain ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan bayi anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, bayi anda menghadapi masalah selsema setalah melakukan ujian swab. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, selsema pada bayi biasanya disebabkan oleh virus yang mana tiada ubat pembunuh virus, akan tetapi terdapat ubat untuk mengurangkan gejala tersebut. Seandainya bayi anda mempunyai tanda dan gejala seperti dibawah, segeralah bawa ke doktor:
- Tidak kencing seperti biasa
- Mempunyai suhu lebih tinggi daripada 37.5
- Seperti kesakitan atau rimas
- Mata merah, kuning
- Susah nafas
- Batuk berterusan atau batuk sampai muntah atau berdarah
- Hingus tebal dan berwarna kehijauan
- Menolak makan atau minum
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.