
Sulit
3 tahun
Cagu di bahagian kuku ibu jari kaki sebelah kanan
Saya lelaki 20 an mengalami cagu di bahagian kuku ibu jari…ibu jari kaki saya nampak sperti bengkak kebiruan pada bahagian cagu dan terasa sakit jika ditekan atau tertendang sesuatu objek keras…macam mana cara merawat supaya dapat sembuh dengan cepat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah cagu di kaki anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah cagu di bahagian kuku ibu jari kaki anda dan ingin mengetahui tentang cara untuk merawatnya. Saya akan cuba membantu anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, cagu berlaku apabila hujung kuku anda tumbuh memasuki kulit yang terletak dibahagian tepi kuku tersebut. Banyak perkara yang boleh menyebabkan masalah ini. Ia adalah:
- Potong kuku dengan cara yang tidak betul. Bagi kuku kaki, anda dinasihatkan untuk memotong kuku
tersebut tidak terlalu dalam dan ianya perlu lurus. - Kuku kaki yang tidak sekata
- Kasut yang ketat hingga memberi tekanan pada kuku kaki
- Kecederaan pada kuku kaki
- Postur duduk yang salah
- Tidak menjaga kebersihan kaki
Jika jari tersebut mempunyai jangkitan kuman, terdapat beberapa simptom iaitu:
- Kulit yang merah dan bengkak
- Sakit dibahagian jari kaki yang terlibat
- Pendarahan dibahagian tersebut
- Bernanah
- Kulit yang membesar secara berlebih pada kawasan yang terlibat.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.
Sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh berbincang mengenainya dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.