Sulit
3 tahun
Confius about pregnant or not
Kawan perempuan saya dia loya mual dan muntah…apa sebab ya doktor sbb dia belom kawin saya confius jadi saya perlukan jawapan daripada doktor atau dia memang pregnant atau sebaliknya sbb saya xnk suruh dia buat test nmpk sangat saya buzybody
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah kawan anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalahkawan anda. Antaranya adalah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
- BPPV
- Meniere’s disease
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus bagi seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- kehamilan jika sudah berkahwin
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kawan anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.