Sulit
3 tahun
Derma darah kalau ada hubungan seks
Nak tanya berapa lama boleh derma darah kalau pernah melakukan seks dgn pelucu dan wanita yg tidak kenal setahun sebelum ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda tidak dapat menderma darah buat sementara waktu (bergantung kepada status kesihatan) sekiranya anda pernah (anda boleh menemui perkara di bawah di dalam borang derma darah):
- Melakukan hubungan seks dengan pekerja seksual komersil (pelacur)
- Mempunyai pasangan seksual baru dalam masa tempoh 12 bulan
- Melakukan hubungan seksual sesama jantina
Bergantung kepada status kesihatan anda, anda mungkin tidak boleh menderma buat beberapa bulan hingga setahun. Sekiranya anda mempunyai HIV, hepatitis B atau penyakit kelamin, anda tidak dibenarkan untuk menderma darah disebabkan risiko jangkitan kepada individu yang menerima darah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.