najihah_azizan
5 tahun
Hilangkan dengkur semasa tidur
Hi Doc, Suami saya berumur 30tahun. Seorang perokok. Bagaimana cara nak hilangkan dengkur . Setiap kali bangun dari tidur beliau selalu mengadu sakit tekak dan dahaga. Apakah rawatan yang diperlukan? Adakah ada cara untuk mengatasinya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang suami anda hadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Berat badan berlebihan
- Masalah sinus
- Postur tidur yang tidak betul
- Masalah paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.