
Sulit
4 tahun
Jari saya bengkok ke tepi dan rasa sakit
Jari manis saya bengkok ke arah jari tengah, boleh dikatakan jari manis dan jari tengah saya melekat secara natural bila saya buka telapak tangan saya. Berbeza dengan tangan kiri saya, ada ruang antara jari manis dan jari tengah. Benda ni dah lama cuma kadang-kadang jari manis dan jari kelingking saya rasa sakit. Tapi sakit dia utk beberapa jam saja. Rasa sakit dia mcm rasa sakit lembam dan lenguh. Rasa macam saya perlukan letupkan sendi jari saya tapi dia tak letup pun. Tp mmg kebiasaannya saya tak ada habit letupkan jari saya.
Cuma dua hari lepas, jari manis dan jari kelingking saya memang rasa sakit sampai buatkan saya rasa tak selesa. Especially waktu malam masa nak tidur. Dan bahagian sendi jari tersebut rasa panas berbanding jari yang lain. Tetapi tiada bengkak.
Saya tak ada kecederaan patah jari atau seliuh sebelum ni. Seingat sayalah. Tapi Perlukah saya berjumpa dengan doktor?
Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jari bengkak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gout (akibat deposit purin)
- pseudogout (akibat deposit kalsium di sendi)
- rheumatoid arthritis sakit sendi yang terkait dengan autoimun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.