nabilahfuzi99
5 tahun
Jatuh secara mengejut
salam…dr saya nak tnya…saya seorg performer…dlm gerak2 tu…ada yg kna slightly jatuh mengiring gitulah…pastu once tu saya terduduk yg cam jatuh tu so hentakan lah dkt punggung saya…jadi saya rasa macam bengkak ke lebamm…cana nak hilangkan ehh sakit tuu…ke biarkn??
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Gejala yang anda hadapi adalah mungkin kerana trauma kepada tisu/otot bahagian punggung yang terhempas. Olehh itu, anda disarankan untuk
- rehat sehingga simptom anda hilnag
- kurangkan pergrakan lasak
- gunakan hot pack untuk mengurangkan radang dan bengkak
- gunakan ubat sapu/ubat tahan sakit seperti krim
Jika simptom anda masih berterusan selepas melakukan semua di atats, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih