Sulit
4 tahun
Hematoma di betis kaki kiri
Hello doktor saya berusia 20 tahun, sejak 2 hari ini betis kaki kiri saya seperti ada kesan lebam kecil dan kaki saya rasa kebas sedikit. Saya jugak ada letak ice packs beberapa kali sehari dan kesan lebam di kaki saya mula berubah warna merah kuning dan semakin pudar. Doktor saya nak tanya adakah perlu saya berjumpa doktor dan mengambil ubat di kaunter atau biarkan sahaja dia sembuh sendiri? Kkai saya pon rasa kebas sedikit dan saya juga jenis bersenam setiap hari dan saya selalu buat senaman HIIT. Adakah saya perlu berhenti bersenam seketika?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah lebam yang berlaku di bahagian kaki. Anda juga telah meletakkan ice packs beberapa kali sehari dan kesan lebam di kaki mula berubah warna merah kuning dan menjadi semakin pudar.
Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan gejala senang lebam pada bahagian badan iaitu:
- Sindrom Cushing (Penyakit cushing)
- Penyakit darah kurang sel platelet
- Hemofilia A atau B (penyakit pembekuan darah yang lemah)
- Penyakit hati
- Kurang nutrisi
- Penyakit von Willebrand
- Kekurangan vitamin K, C dan B
- Memakan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan steroid.
- Memakan makanan supplemen organik seperti minyak ikan, ginseng, vitamin E , dan halia.
Seeloknya, anda pergi berjumpa dengan doktor untuk merawat masalah lebam anda. Jika anda berasa selesa, anda boleh lagi bersenam seperti biasa. Namun, jika anda berasa bersenam boleh menyebabkan kesakitan di tempat lebam, anda diminta untuk berehat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda sekali lagi sekiranya gejala yang anda hadapi semakin teruk dan berpanjangan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Terima kasih.