Sulit
4 tahun
Lebam pada kaki dan paha
Saya 19thn. Kaki saya selalu ade kesan lebam kadang kadang pada bahagian peha tanpa sebab. Tak sampai lebam lama hilang ade lebam baru naik. Boleh kira kaki penuh dengan kesan lebam je. Tangan saya pun cepat lebam kalau kena cubit sikit…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Lebam diakibatkan pendarahan kecil dibawah kulit yang selalunya tidak bahaya. Ia akan hilang dan sembuh dengan sendirinya. Untuk makluman anda, masalah mudah berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengambilan ubat cair darah
- Bilangan platelet rendah
- Kekurangan pengambilan zat besi, zat folate dan vitamin b12
- Minuman beralkohol
- Mengandung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terdekat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.