Sulit
3 tahun
Masalah lebam kadang2 sebelum hair n slepas hair normalka
Saya berusia 34 Ada masalah sellu mendapati badan kdang Ada lebam waktu haid n selepas haid…adakah ia Randa sakit serious…
2: Adakah bacaan oximeter 98 utk spo² n 64 Adakah normal utk umur saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah lebam yang berlaku sebelum atau selepas haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, lebam biasanya bukanlah gejala yang biasa berlaku sebelum atau selepas waktu haid, mahupun semasa. Lebam biasanya boleh berlaku akibat kecederaan tisu di bawah kulit akibat terhantuk atau tercedera.
Namun begitu, lebam yang seringkali berlaku atau terlalu kerap boleh menandakan masalah darah seperti masalah dengan mekanisma pembekuan darah.
Oleh itu, bagi mengetahui punca lebam yang anda alami, anda disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor. Hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.