starintheworld17
2 tahun
Sering mengalami Lebam di badan
Hai…sy seorang wanita berumur 31thn dan sudah berkahwin. Soalan sy, badan sy mudah lebam apabila terlangar sesuatu mahupun bila tepuk tangan. . Kadang kadang bila terlangar tidak secara keras tapi tetap lebam . .lebam yang sy alami trus berwarna biru dan sakit bila di tekan…mengapakh? Dan adaka serius?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah mudah berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengambilan ubat cair darah
- Bilangan platelet rendah
- Kekurangan pengambilan zat besi, zat folate dan vitamin b12
- Minuman beralkohol
- Mengandung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terdekat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.