Sulit
4 tahun
Kegatalan di area kemaluan
hi doc! i merupakan remaja perempuan and my age is 19…i pada mulanya mengalami symptom gatal gatal di area kemaluan dan after few days, mula tumbuh biji biji merah yang menyebabkan lagi gatal. but after that i sapu cream miconazole cream and berkurang but tiba-tiba ada benjolan timbul yang sangat gatal di area dinding kemaluan saya. so apa patut saya buat doc?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkaitan dengan masalah cik, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.