Sulit
4 tahun
Kegatalan pada alat kemaluan perempuan
saya mengalami kegatalan pada alat kemaluan dan doktor memberi ubat sapu pristinex cream ketoconazole 2%w/w. saya nak tanya, bagaimana cara penggunaan ubat cream ini? adakan boleh disapu dibahagian dalam? Or luar sahaja?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ubat ini boleh disapukan kepada mana-mana bahagian yang mempunyai lesi (kesan gatal) di daerah kemaluan dengan lapisan nipis sebanyak 1-2 kali sehari selama 2-3 minggu.
Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.