faridkhairuddin04
2 tahun
Kenapa dan punca bacaan ALT naik
Saya lelaki 40 an…apakah hati ada masalah kalau bacaan ALT saja naik…pastu apa itu RBC kalau bacaan RBC naik apa punca or bahaya tak.tq doc.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terdapat banyak punca kepada bacaan ALT yang tinggi seperti hati berlemak (fatty liver), masalah radang hempedu, hepatitis B/C, masalah radang hati, ketumbuhan kanser atau sista dalam hati serta penyakit auto-imun. Manakala RBC bermaksud Red Blood Cell atau sel darah merah yang mana sel ini bertanggungjawab membawa oksigen ke seluruh anggota badan. Jika bacaan RBC naik, ia boleh disebabkan faktor seperti badan kekurangan oksigen atau kehilangan darah sebelum ini ataupun faktor tulang sum-sum.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti sejarah kesihatan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.