karyaod
2 tahun
Hati bernanah & penyakit kencing tikus
Salam doktor,
Ibu saya mengalami demam teruk dua minggu lalu dan kini dirawat di hospital hampir dua minggu. Doktor telah mengenal pasti ibu saya positif kencing tikus, hati bernanah (tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil hasil CT scan), paru-paru berair, jangkitan kuman paru-paru serta penyakit lama iaitu diabetes & tekanan darah rendah. Setakat ini hanya pemberian antibiotik diberikan dan ibu sata akan ditahan diwad untuk 6 minggu lagi. Persoalan saya adakah antiobiotik sahaja cukup untuk mengubati hati bernanah/kencing tikus/paru-paru berair atau adakah alternatif atau pusat perubatan lain yang lebih efisien dalam menangani penyakit ini? Terima kasih.
Faizal Ahmad
Kuching Sarawak
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria (Leptospira Interrogans) yang menghasilkan pelbagai gejala. Rawatan untuk penyakit kencing tikus ini merupakan ubat-ubatan seperti antibiotik yang boleh diberikan melalui suntikan atau dimakan . Antibiotik merupakan sejenis ubat yang boleh membasmi jangkitan bakteria dari badan. Ubat-ubatan ini merupakan sesuatu rawatan yang memang terbukti dapat merawat penyakit kencing tikus ini.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lanjut. Terima kasih.