Sulit
3 tahun
Kesan selepas menggunakan Pump Zakar
Hai, saya ada menggunakan Pump Zakar baru-baru ini. Saya gunakan sebulan hanya 2-3 kali sahaja selama 10-20 minit setiap sesi. Pada penggunaan kali pertama hingga sebelum ini tidak ada kejadian seperti ini berlaku. Namun pada penggunaan yang terakhir saya, didapati bahagian kulit Zakar yang dibawah kepala Zakar (kulup yg disunat) berlaku gelembung lembik (seperti bengkak) selepas saya buang udara dari pump tersebut. Tapi dikawasan tersebut tidak ada kesakitan. Apa sebenarnya yang berlaku? Adakah ia adalah kondisi yang merbahaya? Dan apakah rawatan yang perlu saya ambil bagi memulihkan kembali rupa / bentuk Zakar saya itu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan pada kemaluan
- Kesan ereksi berpanjangan
- Kesan alahan atau jangkitan
- Penyakit saluran darah
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar kami.