Sulit
2 tahun
Kulit bawah zakar lapisan kulit pink terkeluar lapisan kulit atas pertama akibat perbuatan geseran onani menggunakan baju
Doktor,saya lelaki berumur 29 tajun,semalam saya lakukan onani berlaku geseran dengan baju lepas tu basuh zakar nampak kulit sudah terkeluar dibahagian bawah kulit pink yang kawasan orang bersunat bahagian kulit zakar tepi dan bawah…
kulit lapisan pertama mengelupas terkeluar banyak jugak dalam 1 cm luas nya apabila bilas dengan air kulit jd hancur jatuh keluar…akibatnya nampak kesan merah terang menyala pada kawasan kulit tersebut…
Soalan saya,doktor adakah kulit yang mengelupas keluar akibat geseran onani boleh tumbuh kulit lapisan baru semula atau tiada harapan kulit akan tumbuh kembali? Rasa gatal2 sikit bila lapisan kulit nipis terkeluar…
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kulit yang mengelupas pada bahagian zakar anda mungkin disebabkan oleh:
- Alahan
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
Antara langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini ialah dengan mengetahui punca sebenarnya. Langkah-langkah pencegahan termasuk:
- Berlembut dengan kulit anda - tidak menggarunya
- Sentiasa terhidrasi
- Pemakaian seluar dalam yang lembut dan serap peluh
Sekiranya masalah ini berlanjutan atau membimbangkan kehidupan seharian anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.