Sulit
2 tahun
Rasa pedih ketika air mani nak pancut
Saya mempunya masalah dimana ketika air mani nk keluar terasa pedih sangat.rasa mcm ade benda sangkut dan rasa mcm tak keluar habis
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Menurut penerangan anda, encik mengalami kesakitan semasa ejakulasi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab untuk simtom ini dan tahap kondisi ini bergantung kepada individu, boleh kelihatan ringan atau serius untuk individu masing-masing.
- Penyakit jangkitan kelamin
- Batu karang atau cyst pada bahagian saluran ureter, pundi kencing atau buah pinggang.Ini kemudiannya akan mengakibatkan air mani tersekat dan zakar terasa sakit setiap kali mengeluarkan air mani
- Prostatitis adalah kondisi di mana kelenjar prostat mengalami keradangan
- Pengambilan ubatan tertentu, contohnya termasuk ubat depressi (serotonin dan Tricyclics)
- Kesan pembedahan
- Masalah sistem saraf pada alat kemaluan lelaki seperti pudendal neuropathy
- Sakit ketika ejakulasi kerana psikologi
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah