Sulit
2 tahun
Kulit zakar gatal sehingga keluar nanah melekit
Doktor,saya punya zakar kulit bahagian kulup warna pink sudah terhakis kulit lapisan kedua atau ketiga sehingga mengeluarkan air nanah melekit jika sentuh dengan jari…
Punca akibat kulit menjadi gatal yg amat kuat dan saya telah menggarunya…dan menyebabkan ianya menjadi nanah dan menjadi tompokan petak dalam 3 peta kulit terhakis…
Soalan saya ,Doktor bolehkah saya menyapu krim miconazole yang sapuan untuk kulit panau punya diletakkan sapu pada kulit zakar adakah boleh membunuh bakteria kegatalan tersebut?
Ubat nama apakah boleh saya cari difarmasi cik? Adakah miconazole juga sesuai untuk kulit zakar ? Bg membunuh kuman2?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang ubat berkesan untuk mengurangkan kegatalan kulit zakar. Dicadangkan anda berjumpa dengan doktor dan mendapatkan ubat yang paling sesuai untuk keadaan anda dan merawati luka tersebut yang sudah bernanah.Anda mungkin akan diberi ubat pencuci dan krim antibiotik.Anda juga patut menjalani ujian untuk penyakit kelamin sekiranya perlu untuk mencari punca kegatalan bahagian sulit.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa kemungkinan lain anda berasa gatal pada bahagian tersebut:
- Penjagaan luka yang kurang bersih
- Kolonisasi bakteria di tempat luka; ini menyebabkan kawasan luka akan menjadi kemerahan dan boleh menyebabkan nanah
- Menghidap kencing manis ( Diabetes ); kencing manis melemahkan sistem imun seseorang dan seterusnya menyebabkan seseorang mudah terkena jangkitan dan proses penyembuhan luka menjadi lemah atau lambat
Untuk pengetahuan anda, ubat miconazole digunakan untuk merawat jangkitan kulat seperti athlete’s foot, jock itch dan panau(Tinea versicolor) seperti yang dinyatakan. Namun kami tidak pasti jika kulat itu punca kegatalan kulit zakar sekarang, mungkin ubat ini tidak akan berkesan untuk keadaan ini.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.