Sulit
2 tahun
Adakah saya mempunyai masalah hormon
Saya lelaki berumur 17 tahun…ciri ciri seks primer belum ada pada saya ? Adakah saya normal ?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ciri ciri seksual anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, berikut adalah ciri-ciri perubahan tubuh lelaki mencapai kematangan seksual.
- Perubahan ciri ciri seks primer melibatkan perubahan saiz zakar (penis) dan buah zakar (testis)
- Manakala perubahan ciri ciri seks sekunder pula melibatkan pertumbuhan misai dan janggut juga bulu di bahagian tubuh yang lain serta suara yang lebih garau. Bentuk tubuh seseorang juga akan berubah.
Terdapat pelbagai sebab seseorang lelaki tidak mengalami perubahan yang dinyatakan contohnya masalah ketidakseimbangan hormon.
Berkenaan masalah yang anda hadapi, kami tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat konsultasi dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.