Anonymous
2 tahun
Lidah melecur makan makanan panas
Salam doc, adakah penggunaan Oral Aid sesuai untuk lidah yang melecur akibat makan makanan panas dan pedas?.
lidah saya berbintik merah selepas makan makanan pedas dan panas.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami mungkin merupakan kesan melecur pada lidah anda akibat pengambilan makanan panas. Biasanya kesan ini akan sembuh sendiri selepas beberapa ketika dan anda dinasihatkan untuk mengelakkan makanan yang pedas dan berasid dan banyakkan minum air serta makanan sejuk untuk mengurangkan radang dan bengkak.
Oral aid biasanya digunakan untuk merawat luka dan melegakan kesakitan di dalam mulut. Namun ia tidak disarankan untuk penggunaan yang kerap dan jangka masa yang panjang. Rujuk cara penggunaan pada pek ubat dan patuhi arahan yang diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.