Anonymous
4 tahun
Masalah dengkur ketika tidur
Saya seorang ibu berusia 43 tahun. Sejak kebelakangan ini saya sering berdengkur ketika tidur… mengapa ini terjadi & bagaimana untuk atasi masalah dengkur saya ini.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Masalah dengkur biasanya disebabkan oleh saluran pernafasan yang sempit. Ini boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Berat badan berlebihan
- Masalah sinus
- Postur tidur yang tidak betul
- Masalah paru-paru
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.