shidah1noor
4 tahun
Masalah Fibroid and Cysts
Saya mempunyai Fibroid dan cyst (kiri dan kanan) dan kesemua bersaiz kurang 4cm. Pada 2017 period saya sgt bermasalah sehingga 2018 dan kini masalah period hampir ok tapi ada masa terutama bila saya stress ada rasa tidak sedap dibahagian perut bawah. Sejak saya ada fibroid dan cyst saya kerap membuang air kecil. Adakah itu bagus atau sebaliknya. Perlukah saya membuat pembedahan membuang fibroid dan cysts. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah kerap kencing boleh disebabkan oleh fibroid jika ia menekan pundi kencing. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai sebab lain yang boleh menyebabkan anda kerap kencing. Antaranya:
- jangkitan salur kencing
- batu karang
- kandungan kalsium tinggi dalam darah
Pihak kami tidak boleh membuat keputusan samaada anda memerlukan pembedahan memandangkan kami tiada laporan lengkap tentang kesihatan anda. Pembedahan mempunyai risiko tersendiri memandangkan anda akan menggunakan bius sewaktu pembedahan dijalankan. Pelbagai pertimbangan harus dilaksanakan. Maka, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bedah bagi mendapat susulan tentang pembedahan tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.