Anonymous
4 tahun
Masalah period tidak teratur dan doktor sahkan ada fibroid
Saya wanita dalam 20an. Saya mengalami masalah period yg tidak teratur. Selama 4bulan sy tak datang period dan sy pergi klinik dan doktor mendapati saya ada fibroid anggaran 4-5cm mcm tu. Jadi bole saya tahu langkah2 atau rawatan yang saya perlu buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, fibroid adalah pertumbuhan benigna (bukan kanser) yang berkembang dari tisu otot rahim. Fibroid yang tidak menyebabkan gejala, berukuran kecil, atau berlaku pada wanita yang mendekati menopaus sering tidak memerlukan rawatan. Tanda dan gejala yang menjadi isyarat untuk anda mendapatkan rawatan lanjut adalah:
- Tempoh haid yang berat atau menyakitkan yang menyebabkan anemia (kurang darah) atau yang mengganggu aktiviti normal wanita
- Pendarahan antara haid
- Ketidakpastian sama ada pertumbuhan adalah fibroid atau jenis tumor lain, seperti tumor ovari
- Peningkatan pertumbuhan fibroid secara pesat
- Kemandulan
- Kesakitan panggul
Perawatan fibroid yang utama terdiri atas pemakanan ubat dan pembedahan. Bergantung kepada hasil pemeriksaan dan kondisi anda, doktor anda akan memberikan ubatan hormon untuk memperbaiki pertumbuhan fibroid, atau sekiranya memerlukan pembedahan, akan dilakukan pembedahan untuk membuang fibroid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih