Sulit
2 tahun
Muka naik jerawat & perut sakit
Bolehkah isteri saya hamil walaupun kami hanya bersama satu kali di antara tempoh dua period isteri
Air mani pun hanya terkena tangan saya sikit , dan saya lapkan di baju sebelum memasukkannya semula
Ada high chance or low chance ya
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang kehamilan.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui kemungkinan isteri anda mengandung.
Untuk makluman anda, air mani mengandungi sperma. Walaupun anda sudah lapkan air mani dengan baju, sperma yang sedikit ini masih berpotensi untuk menghamilkan pasangan anda. Proses ovulasi biasanya terjadi 14 hari atau 2 minggu selepas datang haid, kemungkinan untuk mengandung adalah lebih tinggi dari masa lain.
Tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara rasa pedih dan membesar
- Sembelit
- Kekejangan
- Pendarahan ringan atau pendarahan implantasi
- Perubahan emosi atau mood
- Keluar cecair atau keputihan daripada faraj
- Peningkatan berat badan
- Sakit atau pening kepala
- Kerap membuang air kencing
- Kesukaran untuk tidur
- Pedih ulu hati
- Kontraksi yang sederhana (sakit rahim)
Tanda-tanda awal ini mungkin berlainan untuk setiap wanita. Sesetengah wanita mungkin mengalami gejala yang berbeza untuk setiap kehamilan. Sebagai contoh, anda mungkin mengalami “morning sickness” semasa mengandung anak pertama anda tetapi tidak semasa anda mengandung kali kedua. Gejala kehamilan awal bukanlah satu-satunya sumber pengesahan kehamilan.
Untuk mengesahkan status kehamilan, beberapaujian boleh dilakukan seperti berikut:
A) Ujian kencing (UPT)
Hormon hCG dikesan melalui sama ada ujian air kencing atau darah. Ujian air kencing mungkin disediakan di klinik, tetapi ini adalah sama dengan ujian kehamilan di rumah, UPT. Semasa mengambil ujian kehamilan di rumah, baca arahan dengan teliti. Ulangi ujian selepas beberapa hari jika anda mendapat keputusan negatif dan masih tidak mendapat haid anda. Kelebihan terbesar untuk melakukan ujian jenis ini adalah mudah didapati dan murah.
B) Ujian darah
Ujian darah adalah pilihan lain. Hormon hCG boleh diukur di makmal melalui sampel darah. Hasilnya adalah tepat seperti ujian kehamilan di rumah. Perbezaannya ialah hormon hCG boleh dikesan melalui darah dengan lebih mudah, walaupun dalam jumlah yang sangat kecil. Ujian darah boleh dibuat sebaik sahaja enam hari selepas ovulasi.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.