Sulit
2 tahun
Muntah / letih / penat / panas badan dalam keadaan bilik sejuk
Saya wanita 25 tahun,baru-baru ini saya ada melakukan hubungan seks oral dan foreplay bersama suami,tetapi suami tidak memasukkan zakarnya kedalam faraj saya,kerisauan saya adalah bolehkah saya mengandung,jika hanya telan air mani dan terkena air mazi suami pada faraj,saya tidak bersedia lagi untuk mengandung,tambahan pula dikala saya masih belajar,selepas dari itu saya mengalami muntah yang kerap selepas makan , saya mengah , lelah dan penat adakah saya mengalami simpton hamil dan apakah makanan yg paling sesuai untuk mencegah kehamilan,terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Puan telahpun bertanyakan soalan yang sama sebelum ini tentang kehamilan akibat tertelan air mani.
Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, tertelan air mani tidak menyebabkan hamil. Air mani yang masuk ke mulut akan melalui sistem percernaan dan tidak akan sampai ke rahim untuk menyebabkan kehamilan.
Kehamilan hanya akan berlaku apabila sperma bersenyawa dengan ovum anda dan ini memerlukan zakar dimasukkan ke dalam faraj dan lelaki mencapai ejakulasi di dalam.
Gejala muntah yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain seperti yang saya terangkan sebelum ini seperti keracunan makanan, psikologi, sakit perut yang disebabkan jangkitan dan lain-lain.
Kerap muntah sememangnya akan menyebabkan tubuh lemah.
Tiada makanan untuk mencegah kehamilan. Anda disarankan untuk sentiasa makan makanan berkhasiat bagi mendapatkan tenaga dan tubuh yang sihat.
Anda amat disarankan untuk merujuk gejala muntah anda kepada doktor. Saya hanya boleh memberi nasihat secara am di platform ini. Sila rujuk doktor untuk mengetahui punca dan mendapatkan rawatan.
Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian untuk bercakap dengan doktor dan mendapatkan nasiihat lanjut. Terima kasih.