Sulit
2 tahun
Penambahan berat badan
Saya merupakan seorang pesakit SLE, DVT. Antara ubat yang diambil setiap hari adalah Prednisolone, MMF, Calcitriol dan pil Calcium. Apa yang saya dapati, dengan ubat-ubatan ni ada kesan sampingan iaitu berat badan saya menjadi semakin naik. Serta keadaan fizikal saya bertukar menjadi gemuk. Adakah cara atau ubat-ubatan lain yang boleh saya buat atau ambil supaya berat dan keadaan fizikal badan saya tidak semakin bertambah naik?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pengambilan Prednisolone (steriod) dalam jangka masa yang lama boleh memberikan banyak kesan sampingan seperti kenaikkan berat badan, muka menjadi bulat, garisan merah pada perut serta kencing manis. Bagi mengatasi masalah kenaikkan berat badan, anda perlulah untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam dan mengambil makanan serta diet seimbang.
Jika perkara ini berlarutan dan menjadi kerisauan, anda boleh berbincang dengan doktor yang merawat anda berkenaan dengan alternatif ubat-ubatan lain. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall EPharma) atau (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih