Sulit
3 tahun
Berat badan saya yang tidak berpadanan dengan bentuk tubuh saya
saya berumur 20 saya agak musykil dengan berat badan saya…saya tidaklah gemuk namun saya terkejut dengan berat saya iaitu 94kg namun rakan saya yang berbadan besar lagi daripada saya lebih ringan pada saya …saya pelik atas dasar itu boleh x dr ceritakan mengapa atau punca perkara ini berlaku terima kasih smoga dr sentiasa berjaya selalu.
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, berat badan bergantung kepada jisim berat organ di dalam badan, lemak yang ada pada badan, saiz dan jisim otot, tulang dan sebagainya. Pelbagai faktor yang akan mempengaruhi berat badan seseorang dan rupa luaran tidak memainkan peranan kepada bacaan berat badan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.