Sulit
4 tahun
Sukar untuk mengurangkan berat badan obesiti
selamat sejahtera doktor. saya ingin menyatakan masalah berat badan obesiti saya…saya mula mengalami kenaikan berat badan sejak berumur 10 tahun iaitu 40 kg dan setiap tahun ia naik sebanyak 10 kg sehingga saya berumur 15 tahun iaitu 90 kg dan kini saya telah berumur 16 tahun dan saya telah mengawal berat badan supaya tidak naik lagi…namun berat badan saya selalu turun naik…saya pernah melakukan diet dengan tidak mengambil nasi namun ia memberi hasil yang bagus tetapi agak lama…saya juga kuat berpeluh, capat penat dan memiliki perut buncit dan ia amat memburukkan penampilan saya…sekarang saya teruskan melakukan senaman setiap hari dan mengunakan vibration plate untuk mengurangkan barat badan saya. selain dari itu bolehkah doktor memberi saya tips supaya saya dapat mengurangkan berat badan saya dengan cepat?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan berat badan.Antaranya :
Elakkan makan malam
Cuba tips mengurangkan berat badan yang pertama ini. Elakkan makan waktu malam kerana badan memerlukan masa 4 jam untuk mencerna makanan.Senaman regangan
Haruslah dilakukan selama 30 minit 5 kali dalam seminggu.Makanan yang seimbang- kurangkan makanan berlemak dan berkabohidrat. Bukan sahaja nasi, makanan seperti mee, spageti, burger, dan bergoreng tinggi kalori. Banyakkan makanan bergrill, bakar, kukus dan rebus.
Elakkan minuman keras
Selain daripada ini, terdapat ubat ubatan dan pelbai kaedah surgeri yang boleh digunakan oleh seseorang untuk mengurangkan berat badannya. Jika mempunyai pertanyaan anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih