Sulit
4 tahun
Demam panas dan berat badan berlebihan
Saya berumur 20-an dan saya mengalami demam panas.demam panas yang saya alami ni jarang tetapi adakah penyakit yang saya alami ni ada kaitan dengan berat badan?
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu !
Secara umum demam panas biasanya dikaitkan dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- gangguan saluran pencernaan (sumbatan batu hempedu, appendix, dll.)
- infeksi saluran kencing (batu karang, jangkitan buah pinggang, dll)
Selain itu terdapat juga beberapa kajian yang mengaitkan berat badan kepada punca demam, diafahmkan kerana berat badan yang tinggi boleh menggangu kadar metabolisme tubuh sehingga memicu mediator inflamasi, kawalan suhu badan dan proses demam.
Namun demam panas yang berulang boleh berpunca dari penyakit tubuh yang lebih serius sehingga memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital atau klinik. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan yang mengganggu rutin harian
- pening / sakit kepala
- kejang tubuh
- mual / muntah
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Endocrinologist kami sedia membantu
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).