Sulit
4 tahun
Binge eating disorder
saya wanita umur 32thn dan overweight. saya sangat suka makan terutama makanan manis2 dan sangat susah nak stop. i enjoy food soo much. i came across medicine call Vyvanse.
- Adakah ini ciri2 binge eating disorder?
- Apakah treatment untuk saya?
p/s saya on and off mengamalkan suku suku separuh and cut sugar.tapi bila jumpe deseert saya susah nak tolak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan penerangan anda, kami amat memahami apa yang anda sedang alami. Binge eating disorder adalah gangguan mengawal nafsu makan di mana makan dalam kuantiti yang lebih besar dari kebanyakan orang normal dan perasaan tidak dapat berhenti makan.
Untuk makluman anda, terdapat banyak ciri-ciri binge eating disorder. Antaranya ialah:
- Makan dengan kadar yang lebih laju daripada orang normal
- Makan dalam kuantiti yang banyak dan kerap walaupun tidak lapar
- Berasa malu,rendah diri, sensitif dan rasa bersalah pada diri sendiri selepas makan
- Selalu mengasingkan diri serta makan berseorangan
- Makan sehingga perut berasa tidak selesa akibat terlalu penuh
- Mejaga pemakanan seimbang namun berat badan tidak menurun
Untuk rawatan, ia bergantung kepada punca dan tahap keseriusan masalah ini. Terdapat pelbagai jenis rawatan daripada terapi hingga kepada ubat-ubatan. Oleh itu, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat dan berkesan!. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih