Anonymous
5 tahun
Pengambilan pil perancang s
bkn saya yang mengalami masalah kesihatan…sya nak minta nasihat doktor…anak perempuan sya berumur setahun setgh bulan terambil/termakan pil perancang sya…mgkn dlm 3-4 biji…apa yg ptt sya buat?nak bawa ke hospital…saya tkut pihak hospital xterima kes anak saya memandangkan anak saya tidak ada menunjukan gelaja yg tidak baik…Adakah sya ptt pergi bawa anak ke klinik pakar kanak2 / saya terus ke hospital untuk rwtan lanjut…tlg bntu saya…saya tgh buntu.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kanak-kanak yang menelan pil hormon tidak berada dalam kondisi bahaya. Ubat ini cepat diserap dan cepat dihapuskan dari badan.
Terdapat beberapa kesan jangka pendek kecil. Sesetengah kanak-kanak mempunyai sedikit gangguan perut, cirit-birit atau kerengsaan. Gejala-gejala ini hilang tanpa rawatan. Walaubagaimanapun, jika anak anda mengalami sebarang masalah, segera bawa anak anda ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.