Sulit
4 tahun
Penyakit kelamin (klamidia)
Saya lelaki bujang berumur 22 tahun. Saya terlibat dengan banyak aktiviti seks bebas,akhirnya saya mengidap penyakit kelamin yang dipanggil klamidia. Sekarang saya dah sembuh setelah berjumpa doktor. Saya cuma mahukan kepastian, jika saya berkahwin nanti, adakah pasangan dan anak saya akan terkena infeksi?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jangkitan tersebut boleh kekal secara senyap dalam badan. Jika anda mengalami masalah yang boleh melemahkan sistem imun seperti penyakit kronik. Terdapat risiko walaupun sedikit untuk ia menjangkiti pasangan anda pada masa hadapan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.