Sulit
4 tahun
Penyakit sakit puan (fibroids)
Hai maaf dr sy hanya mahu kepastian tentang kesihatan saya, saya sebenarnya terasa sakit bahagian bawah perut walaupun tak datang period. Apabila semasa period saya kena senggugut yang agak sakit sebab dia menahan perut saya seperti ade sesuatu. Perut saya jugak agak kembung. Boleh saya tahu adakah saya mengalami penyakit yang dinamakan fibroids ini?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit bawah perut sebelum ataupun semasa kedatangan haid ini boleh disebabkan:
- Masalah perubahan hormon haid
- Endometriosis - ketumbuhan sel lapisan rahim diluar rahim
- Masalah fibroid
- Masalah ovari seperti ovari terbelit, sista (cyst) dalam ovari
- Masalah pundi kencing seperti batu karang atau jangkitan kuman
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.