Sulit
2 tahun
Period keluar after one week habis
Minggu Lepas sy br shja hbs period … tb2 Hari nie kuar darah tp bukan melalui salur kencing… Apa sebenarnya ye…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon
- Pengambilan ubat
- Perimenopause
- Bersenam secara berlebihan
- Pemakanan yang kurang seimbang
- Tekanan berlebihan
- Pertambahan atau penurunan berat badan secara tiba-tiba
- Ubat perancang keluarga
Kadang-kadang haid juga boleh menjadi tidak teratur tanpa sebab lain.
Jikalau haid anda berpanjangan, selalu tidak teratur atau pendarahan keluar dengan darah beku, sila jumpa dengan doktor.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.