Anonymous
5 tahun
Period tidak teratur setelah ambil perancang keluarga
Saya wanita 20 an mempunyai anak berusia 2 bulan.baru-baru ni saya ada ambil perancang keluarga berbentuk suntikan depo.masalah yang saya hadapi adalah period saya sudah 11 hari dengan kuantiti yang agak banyak.saya ada dimaklumkan oleh doktor memang akan ada gangguan hormon iaitu masalah period tak teratur.tapi perlu ke saya berjumpa doktor dan mengambil ubat henti period kerana period yang agak banyak dan lama?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah ketidakaturan haid yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pengaruh hormon dalam suntikan perancang
- penurunan dan peningkatan berat badan yang ekstrim
- stress emosional
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih