
Sulit
4 tahun
Sakit jari kelingking kaki kanan
Salam doktor. Sy wanita berkahwin berusia 39 thn. Ibu 2 org anak. Sdh sebulan sy sakit pd pergelangan jari kelingking kaki kanan sy. Kasut yg sy pakai sama je sudah pki 2 thn. Kaki sy ni tak terlanggar/cedera. Tempat sakit ni tak bengkak, tak merah2. Sakit ni moderate je, tak serius sgt…Tinggi sy 155cm, berat 56kg. Sy kurus sj, cuma agak buncit…sy ada gout ke doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit jari kelingking kaki.
Untuk makluman anda, penyakit gout memerlukan pemeriksaan klinikal dan beberapa ujian terlebih dahulu sebelum doktor mendiagnos penyakit itu. Sakit kaki yang anda alami boleh jadi disebabkan oleh gout, tetapi saya tidak menolak kemungkinan lain seperti:
- Terseliuh
- Masalah saraf ke kaki
- Trauma
- Pengaliran darah yang terganggu
- Regangan otot jari kaki
- Masalah sendi
Sekiranya masalah anda berpanjangan, saya menasihatkan anda utuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan. Di sini saya kongsikan beberapa rawatan yang anda boleh cuba lakukan di rumah:
- Menggunakan pad panas / pad sejuk untuk mengurangkan kekejangan sendi. Lakukan selama 20 minit dan ulang beberapa kali dalam sehari
- Lakukan aktiviti regangan otot kaki
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.